e-Book ini amat sesuai dirujuk oleh pembaca atau individu untuk mendapat suntikan motivasi dan daya juang tinggi dalam melakukan kerja sukarelawan atau kerja-kerja amal. Amat penting, niat kita melakukan apa sahaja seperti kerja sukarelawan dan kerja amal adalah niat yang baik serta ikhlas. Semoga perkongsian saya dalam penulisan ini bermanfaat serta dimanfaatkan ke arah mencapai kejayaan hidup di dunia dan kejayaan hidup di akhirat. Umur kita tidak panjang. Jom! Hidup Berbudi dan Berbakti dengan melakukan kerja sukarelawan.