e-Book ini amat sesuai dirujuk oleh pembaca atau individu untuk menyemak diri sendiri terlebih dahulu sama ada merupakan individu toksik atau menjadi rakan toksik kepada orang lain, atau sedang berhadapan dengan rakan yang toksik. Setelah mengetahui ciri-cirinya, bagaimana pula untuk menghadapinya? Sebab itulah ciri-ciri toksik ini perlu dikenali, dielakkan jika ada rakan toksik dan dihentikan jika sekiranya kita sendiri memiliki ciri-ciri toksik tersebut, yakni pulih diri. Semoga perkongsian ilmu dalam penulisan ini bermanfaat dan dimanfaatkan ke arah mencapai kejayaan hidup di dunia serta kejayaan hidup di akhirat.